PERLUKAN PEKERJAAN ATAU PENDAPATAN SAMPINGAN? JOM SERTAI SEBAGAI RAKAN PENGHANTAR GRABFOOD SEKARANG! SEMAK CARA DAN SYARAT REGISTER GRABFOOD RIDER DI BAWAH:
SYARAT KELAYAKAN
✅ Warganegara Malaysia berumur 18 ke 69 tahun yang tinggal di kawasan semenanjung Malaysia.
✅ Memiliki motosikal dan Lesen Motosikal (Kelas B2/B/P)
✅ Memiliki telefon bimbit yang menyokong peranti IOS 10.0 atau Android 4.4 dan ke atas.
✅ Tiada kes mahkamah atau rekod jenayah lampau PDRM
✅ Tidak pernah bertugas dengan syarikat Grab.
PROSES PENDAFTARAN
Langkah 1
Tekan butang “DAFTAR SEKARANG” di halaman ini dan isikan borang pendaftaran.
Langkah 2
Kami akan menghubungi anda untuk memberitahu anda mengenai status pendaftaran anda.
Sekiranya anda berjaya, anda akan menerima mesej melalui WhatsApp yang mengandungi pautan web unik untuk anda membuat permohonan rasmi. Anda juga perlu muat naik semua dokumen wajib yang diperlukan.
Hanya pemohon yang terima SMS kelulusan dibenarkan masuk ke pejabat untuk pengaktifan akaun dan pengambilan Grab Kit.
Langkah 3
Permohonan anda akan diproses dan proses verifikasi akan mengambil masa 24-jam. Jika anda berjaya, kami akan hantar pautan web kepada anda melalui WhatsApp untuk menghadiri sesi latihan secara atas talian (Online Training).
Langkah 4
Setelah anda berjaya menjalani sesi latihan online, anda akan menerima mesej melalui SMS/WhatsApp dalam 5-hari untuk membuat temujanji ke pusat Grab Centre bagi mendapatkan peralatan (Grab Kit) yang diperlukan.
Anda perlu membawa Kad Pengenalan , Lesen Motosikal anda pada sesi temujanji anda. Deposit pendaftaran untuk GrabFood Rider adalah RM150 termasuk Grab Kit seperti baju hujan, seragam, beg GrabFood dan sebagainya. Pemohon baru hanya perlu sediakan 3x RM50 epay topup di sesi temujanji.
Langkah 5
Anda sudah berjaya menjadi seorang rider GrabFood dan boleh mula jana pendapatan anda!